Loading...

Walaupun Tewas Di Tangan Vietnam, Ekor Harimau Malaya Tetap Memukau Dengan Aksi Ini.!!!

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Hajat pasukan bola sepak Malaysia untuk menjulang trofi kejuaraan Piala AFF Suzuki buat kali kedua tidak ke sampaian apabila mereka tewas di tangan Vietnam 1-0 (agregat 3-2) pada aksi perlawanan timbal balik kedua di Stadium My Dinh, Hanoi.

Loading...

Skuad Harimau Malaya membawa bekalan dua gol ke Hanoi selepas pertembungan aksi final pertama Selasa lalu, namun di kejutkan seawal minit ketujuh dengan sepakan padu oleh pemain sensasi Vietnam, Nguyen Anh Duc.

loading...

Corak permainan pantas yang ditunjukkan oleh anak buah pengendali kelahiran Korea Selatan, Park Hang-Seo itu sukar untuk di kejar oleh barisan pemain negara yang nampak agak ketandusan idea.

Bagaimana pun, anak buah pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mula mendapat rentak selepas 20 minit permainan dan mula mengatur serangan bertali arus. Namun begitu, corak bertahan pasukan Vietnam setelah menjaringkan gol pendahuluan jelas membantutkan hasrat pasukan negara.

Satu peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma minit ke-20 oleh Safawi Rasid diperolehi.

Namun begitu sepakan tersebut terkena benteng pemain-pemain tuan rumah yang menghampakan penyokong Harimau Malaya.

Perlawanan bersambung ke babak kedua, di mana pasukan negara banyak mendominasi permainan dengan menguasai bola serta melakukan beberapa percubaan namun ternyata tuah tidak memihak kepada pihak mereka.

Sementara itu, kemenangan kali ini menyaksikan pasukan Vietnam berjaya merakam rekod kedua bergelar juara selepas memenanginya kali pertama pada tahun 2008.

Manakala kali terakhir pasukan Malaysia menjulang trofi tersebut adalah pada tahun 2010.

Namun begitu, apa yang lebih mengharukan adalah semangat yang ditunjukkan oleh penyokong dan peminat Harimau Malaya.

Walaupun tidak dapat berjuang bersama pasukan negara di Hanoi, mereka telah memberikan sokongan padu .

Aksi menarik ini telah dirakam di sebuah restoran di Bukit Jalil di mana peminat beramai-beramai berdiri serta menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku sebelum sepak mula berlangsung.

Walaupun cuaca agak membataskan, dengan hujan turun renyai renyai ternyata tidak menjadi penghalang untuk mereka menyaksikan perlawanan tersebut di skrin layar besar.

Tahniah di atas semangat kesukanan yang ditunjukkan.

Tiada rezeki kita kali ni, cuba lagi tanpa putus asa pada edisi hadapan.

Harimau Malaya dan Ekor Harimau Malaya memang terbaik.

SUMBER

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*