#JozanLive (Minggu 3) Berita Pecah, Rambut Serabut Dari Johan & Zizan

Program realiti Raja Lawak musim pertama pada 2007 menjadi pembuka langkah kerjaya seni Johan, 34, dan Zizan Razak, 34.

loading...

Walaupun mereka tewas di tangan Allahyarham Yus Edoo, Zizan muncul sebagai naib juara manakala Johan di tempat ketiga.

Pantasnya masa berlalu, sudah 11 tahun pembabitan aktif dua figura ini dalam bidang komedi tanah air termasuk pernah bergabung sebagai Jozan pada 2009.

Ketika itu, mereka diganding bersama sebagai pengacara Jozan Show pada 2009, diikuti menyertai Maharaja Lawak 2011 dan muncul naib juara serta 2012 pula menjulang takhta juara Maharaja Lawak Mega (MLM).

Ketika itulah Jozan diiktiraf sebagai pasangan duo komedi paling popular.

Namun, sayangnya gandingan Jozan berakhir di MLM 2012 apabila keduaduanya nekad membawa haluan untuk karier seni masing-masing.

Johan sudah lapan tahun selesa bertugas di konti radio Era bermula 2011 manakala Zizan pula aktif mengacara dan berlakon filem.

Kini, selepas enam tahun Jozan ‘menghilang’, kerinduan peminat terhadap gabungan mereka pastinya terubat mulai 24 Julai ini, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132).

Menerusi slot baru Lawak Live, program bual bicara Jozan selama sejam akan menemui penonton sebanyak 40 minggu siaran.

Johan dan Zizan ketika ditemui berkata, mereka teruja dan bersyukur kerana akhirnya dapat juga merealisasikan permintaan peminat Jozan.

Menurut Johan, sudah lama Jozan ingin digabungkan semula untuk program TV tetapi ia tidak menjadi kenyataan kerana komitmen kerja dia dan Zizan.

“Saya agak sibuk bertugas di konti radio dan pada masa sama sudah berkeluarga manakala Zizan pula aktif sebagai pelakon.

“Kekangan masa kami itu membuatkan hasrat peminat untuk menonton Jozan beraksi di TV tidak kesampaian dan tertangguh bertahun-tahun.

“Jadi, pada 2018 ini nampaknya kami berjaya disatukan semula untuk menghibur dan mengubat rindu peminat Jozan,” katanya.

#JozanLive (Minggu 3) Episod Penuh

VIDEO :

Menurut Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, yang pasti pengisian Jozan 2018 kali agak menarik dan diyakini menghiburkan penonton.

“Terdapat 22 aktiviti hiburan akan menghiasi Jozan, antaranya perang jantina, bakat ke laut, kita ke mahkamah, ‘lip sync battle’, horror latah, bual bicara dan cabaran hos vs hos.

“Jozan juga akan mengundang tetamu setiap minggu dalam kalangan selebriti, personaliti sukan, ahli politik dan sesiapa saja yang sesuai untuk ditemu bual,” katanya.

Menurut Johan, harapannya semoga peminat Jozan terhibur kerana dia dan Zizan akan berusaha memberi infotainment menarik untuk program itu.

#JozanLive (Minggu 3) : Buletin Sayani

VIDEO :

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : soyalemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*