Budak Dari Planet Asing

gambar sekadar hiasan

Kuala Lumpur: Seorang pelajar berusia 18 tahun mencetuskan perbualan di media sosial selepas keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diambilnya tular menerusi Instagram, semalam.

Ihsan Thaqif mengambil SPM sehari sebelum dia menduduki peperiksaan semester di Kolej MARA Banting (KMB). Ihsan juga adalah pelajar di Maktab Rendah Sains MARA Parit, Perak.

loading...

Ketika mendaftar masuk ke KMB melalui tajaan biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ihsan baru saja berusia 17 tahun.

Berita menakjubkan mengenai pencapaian Ihsan itu mula mendapat perhatian Nur Anis Aqilah yang mula memuat naik status mengenai hal itu di akaun Instagramnya.

Nur Anis berkata, walaupun Ihsan sudah diterima untuk melanjutkan pelajaran di kolej, Ihsan masih perlu menduduki peperiksaan SPM.

“Peperiksaan SPM berakhir sehari sebelum peperiksaan semester bermula.

“Dia perlu menghadiri kelas seperti mana pelajar kolej lain buat pada kebiasaan (dan) belajar semua hal IB (International Baccalaureate).

“Jadi, untuk SPM, dia dan beberapa pelajar IGSCE perlu mencuri masa untuk ulang kaji pelajaran (dan) belajar pada hujung minggu. Dalam bahasa mudah, dia terpaksa belajar dua silibus berbeza pada satu masa. Sembilan subjek untuk SPM dan tujuh subjek untuk IB,” katanya dalam entri yang dimuat naik di akaun Instagram.

Mengulas lanjut, selain terpaksa menyiapkan tugasan yang sukar, Nur Anis berkata, Ihsan berjaya memperoleh 9A+ dalam SPM.

“Terima kasih kepada ibu bapa Ihsan yang membesarkan dia sebaik mungkin. Dia berhak menerimanya (keputusan cemerlang). Segala usahanya membuahkan hasil. Idola kepada semua,” katanya.

Dengan pencapaian berganda itu, Nur Anis menyifatkan Ihsan sebagai ‘budak dari planet lain’.

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*