Loading...

“Bini kau lawa ok!” – Pengantin tampil glamor, komen negatif berubah di hari persandingan..

GAMBAR SEKADAR HIASAN

PETALING JAYA: “Gemuk pun gemuklah janji kami happy.“

Loading...

Begitulah yang ditulis oleh seorang pengantin di laman Twitter dengan disertakan foto-foto perkahwinannya sehingga menarik perhatian ramai.

loading...

Jejaka itu, Mohd Fawwaz Yaacob, 26, sewaktu dihubungi mStar Online bercerita lanjut mengenai kisah di sebalik posting berkenaan.

Ujar Fawwaz, dia gembira apabila persalinan yang dipakai sedondon bersama isteri, Siti Noratul Shima Raside, 26, mendapat pujian ramai biarpun ia menerima respon negatif sebelum majlis dilangsungkan.

Posting Fawwaz yang tular di Twitter.

“Sewaktu kali pertama mencuba gaun itu, saya hantar gambar kepada keluarga dan teman rapat, tapi ramai tak suka.

“Saya excited nak tunjuk pada mereka, tapi tak sangka kena kecam pula. Rasa down juga bila dapat reaksi negatif.

“Tapi saya percaya pada perancang perkahwinan saya. Saya juga pilih warna dan rekaan itu untuk tutup bentuk badan isteri saya. Alhamdulillah, pada hari majlis berlangsung, semua suka,” ujar Fawwaz pada Ahad.

Menurut penolong pegawai veterinar itu, dia dan isteri ternyata bersyukur apabila ramai yang memuji persalinan yang mereka pakai sewaktu majlis yang berlangsung di Dewan D’Awangan, Alor Star pada 8 Disember lalu.

Tambah Fawwaz lagi, sebagai individu berbadan besar, dia harus bijak membuat pilihan yang bersesuaian bagi kelihatan segak di hari bersejarah itu.

Pilihan pasangan itu ternyata menerima pujian ramai.

“Pada pandangan saya, kena pandai pilih, tak boleh main ikut orang je. Kena ikut kesesuaian, yang penting yakin pada diri.

“Saya rasa kami tak secantik orang yang kurus, jadi kena la pilih sesuatu yang wow untuk menaikkan aura sebagai pasangan pengantin baru.

“Sebelum tu ada orang cakap jangan pakai gaun, nanti isteri saya nampak pendek. Tapi Alhamdulillah, kami juga banyak buat rujukan, ternyata pilihan kami tepat,” katanya lagi.

Menurut Fawwaz, dia juga lega dan gembira apabila berjaya melangsungkan majlis yang kelihatan glamor dan mewah dengan harga bajet yang cukup berpatutan.

“Kos keseluruhan dari pelamin, mekap, pakaian dan khidmat fotografi tak sampai RM5,000.

“Nak langsungkan majlis, kami banyak buat reserach. Untuk pengantin gemuk macam kami, banyak juga tengok rujukan.

“Dengan jurumekap pun, selalu follow up dan update dengan mereka,” katanya lagi.

Ujar Fawwaz, mereka banyak membuat rujukan sebelum majlis itu dilangsungkan.

Dalam pada itu, perkongsian Fawwaz di Twitter menarik perhatian ramai sehingga ia menerima lebih 5,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, ramai pelayar laman sosial itu yang menghujani posting berkenaan dengan kata-kata pujian buat pasangan pengantin itu.

“Bini kau lawa ok!!! Apa diorang ingat gemok-gemok tak leh melawa ke. Hehe,” tulis @teyashahira.

“Tahniah kerana tetap pendirian untuk realisasikan impian perkahwinan. Kita nak gaun kahwin ikut suka kita, suka hati kita la nak pilih warna apa. Btw, Selamat Pengantin Baru,” tulis @ilyezaty.

“Ok dah tu. Pelamin dengan dress dah matching perfect dah. Pengantin shantikk haihh makeup pun lawa. Bout body, its okay kurus ke gemuk ke asalkan hidup bahagia tu yang penting.” tulis seorang lagi netizen.

SUMBER

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*