Anita Sarawak Sakit?

KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi kedengaran sejak penghibur terkemuka, Anita Sarawak, 66, tiba-tiba menghilangkan diri dari dunia seni pada pertengahan 2011.

loading...

Diam tak diam, sudah hampir tujuh tahun Anita atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nita hilang daripada radar dunia hiburan.

Sejak tujuh tahun lalu jugalah macam-macam versi cerita tersebar, tetapi tiada siapa yang dapat mengesahkannya. Semua yang diperkatakan terus tinggal menjadi tanda-tanya.

Ada yang mengatakan Kak Nita masih tinggal di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat, dan ada juga sumber mendakwa penyanyi lagu Seksis serta Tragedi Buah Epal itu membina kediaman baharu dan menetap di Perancis, sejak beberapa tahun lalu.

Tahun lalu, heboh pula kisah mengatakan Kak Nita kembali menetap di Singapura, selepas seorang peminat terserempak dengannya di sebuah restoran makanan segera yang agak terpencil di Ang Mo Kio.

Peminat itu mendakwa, dia yakin wanita yang ditemui bersama seorang lelaki Mat Salih berambut hitam diyakini adalah suaminya, Mahathir Abdullah.

“SAYA YAKIN WANITA ITU ADALAH KAK NITA APABILA MENDENGAR SUARA DAN MELIHAT BIBIRNYA. BAGAIMANAPUN, WAJAHNYA CENGKUNG DAN RAMBUTNYA TIDAK DIWARNAKAN LAGI.

“SAYA LIHAT KAK NITA AMAT BERBEZA KALI INI. RAUT WAJAHNYA SEPERTI ORANG SAKIT. KETIKA MEMERHATIKANNYA, DIA SEDANG MAKAN UBAT.

“SAYA DUDUK HANYA JARAK DUA MEJA DARIPADANYA. SAYA PERCAYA, ITULAH KAK NITA KERANA SAYA DUDUK BERTENTANG DENGANNYA,” KATA PEMINAT ITU KEPADA BH ONLINE, TAHUN LALU.

Tahun lalu juga, misteri kehilangan Anita atau nama sebenarnya, Ithnaini Mohd Taib, sedikit terungkai apabila dokumen urusan jual beli kediaman yang didakwa miliknya tersebar di internet.

Kak Nita dan Mahathir dikatakan menjual kediaman di Spring Valley, Las Vegas, dengan harga kira-kira RM1.4 juta kepada pasangan, Roselinda Cohen dan Lawrence Cohen, pada 31 Julai tahun lalu.

Berdasarkan maklumat diperoleh, suaminya masih bekerja sekitar Las Vegas ketika itu. Siasatan pihak tertentu juga mendapati, pasangan itu membeli kediaman baharu dengan harga RM1.3 juta pada 4 Oktober tahun sama.

Kediamannya itu terletak kira-kira 22 minit dari Las Vegas Strip.

Penemuan itu secara tidak langsung dilihat memberi bayangan perkembangan Kak Nita yang selama ini dikatakan merajuk dan membawa diri. Ia juga menepis khabar angin yang mendakwa, Kak Nita dan suaminya sudah bercerai.

Bagaimanapun, khabar terbaru yang kedengaran, Kak Nita kini dikatakan mendapatkan rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Khabarnya, ada artis lama yang rapat dengannya sudah menziarahinya, tetapi tidak diizinkan membuka mulut atas permintaan penghibur itu sendiri. Dengarnya, wajah Kak Nita sudah jauh berbeza hingga peminat tidak lagi mengenalinya.

Terlalu banyak cerita yang tidak pasti diperkatakan, sampaikan tidak tahu mana yang betul dan mana pula yang salah. Mungkin ada benarnya Kak Nita kurang sihat berdasarkan cerita peminat yang menemuinya itu. Apa juga alasan dirinya memilih pusat rawatan di ibu kota, hanya dia yang tahu.

Apapun, jika benar Kak Nita ditimpa ujian berdepan penyakit kanser, doakan yang terbaik buat superstar kesayangan ramai yang baik budi pekerti ini. Berkat doa peminat pada Ramadan, semoga Kak Nita beroleh kesembuhan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : soyalemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*