Loading...

8 syarikat ‘KEBAL’ Tarah Balak Haram Di Hulu Perak…

GAMBAR SEKADAR HIASAN

KUALA LUMPUR. – Sebanyak lapan buah syarikat didakwa ‘kebal’ daripada sebarang tindakan meskipun menjalankan kegiatan pembalakan haram dengan menyalahgunakan le­sen diberikan di sekitar kawasan hutan simpan kekal di daerah Hulu Perak, Perak.

Loading...

Kesemua syarikat berkenaan semakin bermaharajalela menarah hutan sesuka hati atas alasan memiliki lesen yang ‘direstui’ pihak atasan sedangkan mereka menjalankan pembalakan melebihi had kawasan ditetapkan di bawah lesen tersebut.

loading...

Menurut sumber, dalam erti kata lain syarikat terbabit me­neroka hutan secara haram walaupun lesen yang dikeluarkan kepada setiap syarikat hanya membabitkan keluasan 80 hektar.

Namun apa yang terjadi, syarikat terbabit me­nebang pokok membabitkan keluasan lebih daripada 100 hektar.

“Lebih pelik, tiada sebarang pemantauan apatah lagi operasi penguatkuasaan oleh jabatan dan agensi berkaitan. Adakah kerana mereka ini memiliki ‘le­sen besar’ dan dilindungi sehingga tiada siapa yang boleh ambil tindakan?

“Hutan semakin botak, me­reka semakin kaya namun tiada siapa yang mengambil tindakan sedangkan banyak kesan buruk akibat ketamakan mereka ini,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia, baru-baru ini.

Sehubungan itu, sumber berkenaan mempersoalkan kredibiliti dan integriti jabatan dan agensi yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap kerakusan syarikat pembalakan terbabit.

“Kalau ikutkan, banyak jabatan dan agensi yang mempunyai kuasa untuk menjalankan operasi penguatkuasaan, pemantauan, adakah mereka turut tunduk dengan arahan lebih tinggi?,” soalnya.

Mengulas lanjut berkaitan modus operandi, sumber itu memberitahu, kebanyakan po­kok yang ditebang akan dihantar ke Kelantan menggunakan lori melalui laluan balak.

SUMBER

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*